Hadith :

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:” Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): “Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”

Riwayat al-Bukhari

Tuesday, 24 May 2011

Kisah Air Yasin....

      Zaman semakin maju...sistem air juga telah banyak dipermodenkan.Moden dari segi banyak jenama jualan produk penapis air dijual di sana sini.Orang hebat memperkatakan penapis air DCL.Hai-o,Diamond dan bermacam-macam lagi.Pokok persoalannya sekarang ini bukanlah pada jenama ataupun produk yang mereka urusniagakan.Di samping produk penapis air yang pelbagai, berbagai-bagai jenis air yang dijual kini dihasilkan dengan bacaan ayat-ayat suci.Alhamdulillah ini adalah salah satu usaha untuk memberikan kebaikan,penawar dan,ketenangan kepada peminumnya. 

     Al-kisahnya cerita yang diceritakan oleh seorang sahabat...gara-gara air yang dikatakan air yasin dia telah diserang oleh penduduk kampung di sebuah tempat.Takut sangat dengan air yasin...mereka mengatakan air yasin hanya untuk orang yang hendak mati.Begitulah kata-kata mereka.Bermula dengan kehilangan sebuah benda yang berharga sekitar RM200.Sahabat tersebut bersama kawan-kawannya cuba untuk menjalankan penyiasatan dan semua pelajar dikumpulkan  lalu diberi segelas air yang kononnnya telah dibacakan Surah Yasin...tetapi air tersebut hanyalah air yang dibeli di kantin sekolah...sekadar untuk melihat sifat berani kerana benar dan takut kerana salah dalam diri pelajar-pelajar tersebut.Disebabkan oleh air tersebut,keesokkan harinya lebih 10 orang daripada bapa-bapa pelajar berkenaan telah datang dan menyerang sahabat tadi...Alhamdulillah ada sesetengah mereka faham dengan penerangan sahabat ku ini...bahawa air tersebut bukannya ada sebarang bacaan ayat Al-Quran.

      Tetapi terdapat sebuah keluarga yang masih tidak berpuas hati.Pada mereka walaupun air tersebut tidak dibacakan sebarang ayat Al-Quran apatah lagi surah Yasin,tetapi oleh kerana ia telah dikatakan air yasin maka ia akan sah menjadi air Yasin...air longkang sekali pun jika kita pegang ditangan dan katakan itu adalah air Yasin maka ia akan jadi air Yasin.Sahabat tadi merasa keliru..bagaimana pula air longkang yang kotor boleh menjadi air Yasin sedangkan Surah Yasin adalah ayat yang suci.Ini seakan tanda kedangkalan ilmu agama yang terdapat dalam minda keluarga tersebut.Lalu sahabat ini pun memceritakan pengalamannya kepada saya.Sedih juga apabila salah seorang penduduk di sana mengatakan bacaan Yasin boleh digunakan untuk menarikan bubu iaitu di dalam tarian bubu.Air Yasin juga boleh digunakan untuk memukau gadis-gadis yang ingin dimiliki...Subhanallah..mengapa sampai begitu sekali pemikiran mereka..pada mereka surah yasin boleh digunakan untuk perkara-perkara mungkar.Saya katakan pada sahabat tadi..sepanjang menjadi pelajar di sekolah menengah agama tak pernah ustaz aku ajar tentang perkara begitu...ustaz-ustaz juga akan mengadakan kaedah yang sama apabila hendak mencari sesuatu kehilangan barang ketika di asrama dulu....apa salahnya jika benar pun itu adalah air yasin jika para pelajar itu tidak melakukan kesalahan...Oleh kerana sahabat ku ini dan kawan-kawannya tahu apa akibat sekiranya benar si pelaku meminum air yang benar-benar dibacakan surah yasin maka mereka hanya menggunakan air kosong yang dibeli di kantin....

        Saya inginkan pendapat ramai tentang kisah ini..apa pula pendapat kalian tentang isu ini...?Wajarkah air longkang jika dikatakan air yasin maka ia akan sah menjadi air yasin...pendapat anda dialu-alukan untuk satu perkongsian ilmu..manalah tahu peristiwa ini terjadi di kawasan kita pula..Wallahu'alam.

Thursday, 19 May 2011

WANITA DAN KECURANGAN....????

CURANG dalam percintaan...curang dalam persahabatan...curang dalam perniagaan...curang dalam ikatan perkahwinan...curang...curang...curang....mengapa wujud curang dalam realiti kehidupan kini.Bagi saya curang lebih menjurus kepada tidak jujur,tidak ikhlas,dan tidak menepati janji yang telah dimeterai.

Bila membicarakan soal curang....mesti kita akan terfikir dan terbayang kaum lelaki.Mengapa?Kerana isu curang sering dikaitkan dengan kaum lelaki.Mereka adalah kaum yang sering melakukan kecurangan.Curang dalam percintaan ataupun curang dalam sebuah ikatan perkahwinan.Namun realiti hari ini telah mengubah persepsi seperti ini.Memang tidak dinafikan kaum lelaki sering melakukan kecurangan dalam sesuatu ikatan.Hari ini dunia semakin canggih,semakin moden dan semakin 'advance'.Wanita kini juga sudah pandai melakukan kecurangan...curang ketika menjadi teman wanita..pada saya situasi ini memungkinkan si wanita ingin mencari yang terbaik bagi dirinya sebelum mengikat sebuah hubungan perkahwinan.Bagaimana pula curang isteri kepada suaminya?Inilah realiti yang melanda masyarakat masa kini...isteri-isteri sudah pandai bermain kayu tiga di belakang suami.Mungkin keadaan ini wujud sejak dahulu tetapi bak kata nujum dalam cerita nujum pak belalang..kadang-kadang....jarang-jarang.Kini dalam situasi keliling,saya sering mendengar keluhan-keluhan suami yang dicurangi isteri mereka.Di dada-dada akhbar juga sering mengutarakan cerita kecurangan isteri-isteri masa kini.Di dalam majalah juga disiarkan cerita-cerita kecurangan seperti ini.

Adakah ini balasan untuk kaum lelaki?Mereka yang sering menyebabkan hati wanita sedih kerana dipermainkan atau dicurangi setelah kesetiaan yang mereka persembahkan dalam ikatan perkahwinan.Adakah wanita kini terlalu memikirkan karma yang patut diterima oleh suami mereka...dia boleh buat...aku pun boleh buat...?Hanya mereka yang tahu jawapan kepada persoalan ini.Tetapi sebelum melakukan kecurangan terfikirkah mereka akibat yang akan terjadi?Akibatnya bukan hanya di dunia..tetapi akibat yang diterima di akhirat kelak.Terfikirkah mereka kerana keseronokan mereka menjalin hubungan gelap di belakang suami,anak-anak akan menerima padahnya...penceraian...sudah tentu mendatangkan masalah kepada anak-anak yang sepatutnya mendapat ibu dan bapa yang bersatu,bahagia dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.Balasan kemudian hari..tidak mencium bau syurga....apatah lagi masuk syurga...

Dalam sebuah ikatan perkahwinan tidak semua akan indah seperti yang kita impikan.Tidak seindah seperti yang dipaparkan di kaca-kaca televisyen..tidak seindah seperti yang diceritakan dalam plot novel-novel yang kita baca.Ada banyak cabaran dan rintangan yang perlu kita hadapi dengan tenang dan sabar.Ketika kita memutuskan untuk menjadi teman hidupnya,bererti kita telah sanggup untuk susah senang bersama-sama.Sama-sama mengemudikan kapal yang sepatutnya sampai ke pelabuhan cinta dan kasih dengan selamat.Kehidupan yang di lalui sudah pasti akan dilanda bermacam badai.Kematangan adalah perlu bukannya saling salah menyalahkan antara satu sama lain.Pertengkaran atau pergaduhan kecil itu adalah asam garam dalam rumahtangga...kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri.

Memang kadangkala tidak dinafikan ada sesetengah masaalah itu amat berat untuk ditanggung.Lebih-lebih lagi apabila mendapat suami yang tidak bertanggungjawab seperti suami yang tidak mematuhi urusan agama yang sering berjudi,minum arak dan sering mencederakan isterinya.Keadaan ini menuntut pengorbanan dan kekuatan seorang isteri untuk menghadapi situasi ini.Mungkin kita akan terfikir..untuk apa ditunggu suami seperti ini..takkanlah aku tunggu sehingga memungkinkan aku cedera atau mati ditangannya...Masalah seperti ini perlu diatasi dengan cermat..bukan dengan satu kecurangan...kita perlu merujuk kepada badan-badan yang sepatutnya untuk menyelesaikan masaalah ini.

Semua insan suka dan akan tergoda dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh orang lain.Mungkin suami di rumah kurang menunjukkan kasih sayang ataupun kurang memberikan kemewahan lalu perhatian dan hati kita mudah jatuh kepada si dia yang lebih menunjukkan rasa keperihatinan.Namun sebagai seorang isteri kita kena berfikiran rasional bahawa kita adalah isteri orang yang sah dan haram bagi kita menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.Kecanggihan masa kini memungkinkan dan memudahkan lagi proses kecurangan ini terjadi..ada yang terjumpa semula teman lelaki lama melalui facebook.ada yang berkenalan di facebook yang akhirnya membawa kepada sebuah pertemuan yang menghasilkan satu percintaaan terlarang.Memanglah indah bertemu semula cinta lama..tetapi semua itu perlu ditangkis kerana kini kita adalah isteri dan ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan bersama suami yang suatu ketika dahulu menjadi pilihan kita sendiri.

Masaalah dalaman sesebuah rumahtangga tidak diketahui oleh orang luar melainkan oleh diri kita sendiri.Oleh sebab itu masaalah tersebut hendaklah diatasi dengan cara berhikmah.Bukan dengan mencari jalan mudah yang akhirnya membawa kepada satu masalah besar dalam kehidupan kita.Isteri-isteri di luar sana yang sudah terpesong dan terjerumus ke lembah cinta terlarang..kembali lah ke pangkal jalan.Ingatlah keindahannya hanya sementara.Berfikirlah dengan matang...ingatlah kepada dosa-dosa dan balasan yang bakal kita temui kerana kegagalan mengatasi perasaan cinta terlarang ini.Penipuan dan kecurangan yang telah dilakukan ke atas suami dan anak-anak hendaklah segera dipohon ampun dan maaf kepada mereka dan  segera bertaubat kepada Allah SWT .Semoga pintu syurga masih terbuka untukmu....Hindarilah rasa cinta terlarang kerana ianya mengundang kecurangan yang mampu memusnahkan diri sendiri,anak-anak dan peribadi kita sebagai seorang MUSLIMAH SEJATI.

CETUSAN INI ADALAH UNTUK RENUNGAN DAN PENGAJARAN KITA BERSAMA SELAKU ISTERI,IBU DAN HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI.
SELAMAT HARI IBU...SEMOGA PENGORBANAN KITA MENDAPAT BALASAN SYURGA DI AKHIRAT KELAK.

Monday, 16 May 2011

SATU JEMPUTAN ABADI



Manusia insan yang diciptakan oleh Allah SWT untuk menghuni alam ini.Namun kehidupan yang diberikan perlu diwarnai dan dipenuhi dengan bekalan yang cukup untuk menuju ke alam yang kekal abadi.Dunia yang penuh dengan pelbagai nikmat ini hanya pinjaman sementara sahaja.

Menjurus kepada keratan akhbar dua bulan lalu…Pelatih PLKN menemui ajal di atas sejadah….Walaupun perit hati insan-insan yang ditinggalkan menghadapi berita kematian yang berlaku secara tiba-tiba ini namun jauh di sudut pandangan masyarakat…Alhamdulillah Allahyarham pergi dalam keadaan Husnul khotimah…saat kematian yang diimpikan oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.Namun tidak semua kita akan berpeluang untuk menemui saat jemputan abadi sedemikian rupa…Allahyarham adalah insan terpilih untuk menerima jemputan sebaik ini…menjadi imam dalam solat ,dalam keadaan berwuduk..alangkah indahnya saat jemputan itu…semoga kita semua akan dijemput dalam keadaan yang baik-baik.

Allahyarham Syed Abdul Rahman adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Kota-Kinabalu salah sebuah sekolah menengah agama yang cemerlang di Sabah.Alhamdulillah berkat didikan ibubapa dan guru-gurunya….hasilnya satu pengakhiran kehidupan yang baik untuknya….sebenarnya saya amat kagum dan bangga saat membaca berita ini dua bulan lepas…Kagum kerana seorang remaja mendapat jemputan sedemikian rupa..pemergian yang begitu indah…sedih jua terasa kerana Allahyarham adalah kawan sekolah adik saya di SMAKK(singkatan nama sekolah) berkenaan dan terasa kesedihan orang-orang yang ditinggalkan lebih-lebih lagi hati kedua ibubapanya saat keputusan peperiksaan SPM diumumkan Mac lalu.Namun semua itu takdir ketentuan Allah yang perlu diterima dengan redha.Kini  persoalannya adakah kita juga akan menerima jemputan yang sama seperti Allahyarham…?

Senario hari ini memperlihatkan anak-anak muda yang lebih gemar bersuka ria dan rasanya dalam benak fikiran mereka kematian itu hanya untuk orang-orang tua..aku masih muda..aku kena nikmati semua warna kehidupan yang ditawarkan di muka bumi tanpa memikirkan bekalan dan warna kehidupan selepas dijemput oleh Ilahi.Kerana kelalaian inilah ramai muda-mudi yang dijemput dengan ngeri…ketika merempit,ketika penagihan dadah yang melampau dan ketika dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan.Aduhai..Na’uzubillahi min zalik…semoga kita semua dan ahli keluarga kita dijauhkan dari keadaan sedemikian itu.

Kematian adalah satu saat yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa…bila tiba masanya tiada lagi kompromi untuk memohon penangguhan waktunya…oleh itu persediaan untuk meghadapi dan menerima jemputan ini wajib diselaraskan dengan baik…kesibukan di dunia adalah penghalang untuk kita menggumpul saham di akhirat..namun jika kita pandai mengimbangi saat sibuk dengan kerja dan waktu untuk beribadah sudah tentu semua itu akan dapat diatasi dan hidup menjadi amat tenang walaupun banyak tekanan kerja yang kita hadapi.Bila memikirkan soal kematian…terfikir di benak kita…bagaimanalah saat jemputan untuk ku nanti…adakah cukup bekalan untuk ku bawa ketika menghadapMu Ya Allah..tepuk dada tanya iman masing-masing..apakah persediaan itu kini mencukupi atau masih jauh kurangnya...semoga kita semua juga akan dijemput seperti Allahyarham Syed Abdul Rahman Wan Ahmad…pergi ketika bersolat dan di atas sejadah ketika menghadap Allah.Berita kematiannya menjadi iktibar buat kita semua…bahawa mati tidak dijanjikan untuk warga tua sahaja…tetapi pada bila-bila masa sahaja tidak kira tua atau muda,sakit atau sihat... apa yang pasti kita akan dijemput oleh Ilahi…oleh itu kesedaran harus ada dan soal “mati” perlu ada dalam pemikiran setiap insan di dunia ini kerana kematian sentiasa ada di keliling kita…beribadahlah seolah-olah peluang kita beribadah kepadaNya hanya tinggal saat dan hari ini..berbaktilah dan buatlah kebajikan  seolah-olah kematian akan menjemput kita esok hari...KEMATIAN...bila,bagaimana dan di mana..hanya Allah yang menentukan….tugas kita menggumpul bekalan untuk dibawa saat menghadapi SATU JEMPUTAN ABADI….

Al Fatihah buat :
Allahyarham Syed Abdul Rahman Wan Ahmad.
Allahyarham Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 April 2011.

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.