Assalamualaikum para sahabat ku...
Sekian lama tidak melewati blog ini...Ramadan telah berlalu pergi..kini syawal telah tiba lagi...
Selamat hari raya aidil fitri.Maaf zahir dan batin buat semua....syawal tahun ini disambut sederhana...walaupun kerajaan bagi bonus tapi perbelanjaan hendaklah berhemah juga..banyak lagi budget menanti selepas syawal...
Pada 07.09.2011. adikk ku telah mendaftar sebagai seorang pelajar di UKM setelah mendapat tawaran IPTA di sana.Course nya...Pengajian Arab dan Tamadun Islam...makanya terbang lah jua ayah dan ibu ku untuk menghantar anaknya ke sana dan bermalam di Puri Pujangga UKM.
Pada awalnya adik ku menerima tawaran untuk meneruskan pengajian di Semenanjung Malaysia...terdetik rasa di hati ku kerisauan...risau kerana di sana terlalu banyak insiden yang tidak menyedapkan hati...setiap hari boleh di baca di dada-dada akhbar...didengar dicorong radio...dilihat dalam buletin semasa di kaca tv...insiden apa?simbah asid la,pembunuhan la,kemalangan la...Na'uzubillahi min zalik..minta di jauhkan kehidupan dan kejadian seperti ini daripada ahli2 keluarga ku..
Namun bila memikirkan cita-citanya dan cita-cita keluarga..aku hanya mampu berdoa agar semua kejadian seperti itu tidak akan terjadi terhadap ahli keluarga ku sepanjangnya menuntut ilmu di sana....Apa yang ku harapkan...ijazah yang diperolehinya dalam bidang pengajian islam akan menjadikannya seorang insan yang mengamalkan segala yang diperolehinya di sana...baik ilmu dalam bidang yang dipelajarinya...juga ilmu-ilmu yang didapatinya daripada pensyarah-pensyarah di sana yang memang berketrampilan dalam segenap bidang....
Pengalaman ku belajar dengan pensyarah-pensyarah UKM...ilmu yang mereka ada memang tip top....banyak ilmu dan info2 terkini yang mereka tahu...seronok dapat pensyarah seperti mereka walaupun aku hanya pelajar PBJJ....
Apa-apa pun...aku mendoakan yang terbaik buat adik ku di sana...Selamat berjuang di tanah UKM....selamat mengumpul ilmu dan semoga ilmu itu nanti dapat di kongsi bersama adik beradik yang lain...
Wassalam....
No comments:
Post a Comment