Hadith :

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:” Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): “Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”

Riwayat al-Bukhari

Thursday, 19 May 2011

WANITA DAN KECURANGAN....????

CURANG dalam percintaan...curang dalam persahabatan...curang dalam perniagaan...curang dalam ikatan perkahwinan...curang...curang...curang....mengapa wujud curang dalam realiti kehidupan kini.Bagi saya curang lebih menjurus kepada tidak jujur,tidak ikhlas,dan tidak menepati janji yang telah dimeterai.

Bila membicarakan soal curang....mesti kita akan terfikir dan terbayang kaum lelaki.Mengapa?Kerana isu curang sering dikaitkan dengan kaum lelaki.Mereka adalah kaum yang sering melakukan kecurangan.Curang dalam percintaan ataupun curang dalam sebuah ikatan perkahwinan.Namun realiti hari ini telah mengubah persepsi seperti ini.Memang tidak dinafikan kaum lelaki sering melakukan kecurangan dalam sesuatu ikatan.Hari ini dunia semakin canggih,semakin moden dan semakin 'advance'.Wanita kini juga sudah pandai melakukan kecurangan...curang ketika menjadi teman wanita..pada saya situasi ini memungkinkan si wanita ingin mencari yang terbaik bagi dirinya sebelum mengikat sebuah hubungan perkahwinan.Bagaimana pula curang isteri kepada suaminya?Inilah realiti yang melanda masyarakat masa kini...isteri-isteri sudah pandai bermain kayu tiga di belakang suami.Mungkin keadaan ini wujud sejak dahulu tetapi bak kata nujum dalam cerita nujum pak belalang..kadang-kadang....jarang-jarang.Kini dalam situasi keliling,saya sering mendengar keluhan-keluhan suami yang dicurangi isteri mereka.Di dada-dada akhbar juga sering mengutarakan cerita kecurangan isteri-isteri masa kini.Di dalam majalah juga disiarkan cerita-cerita kecurangan seperti ini.

Adakah ini balasan untuk kaum lelaki?Mereka yang sering menyebabkan hati wanita sedih kerana dipermainkan atau dicurangi setelah kesetiaan yang mereka persembahkan dalam ikatan perkahwinan.Adakah wanita kini terlalu memikirkan karma yang patut diterima oleh suami mereka...dia boleh buat...aku pun boleh buat...?Hanya mereka yang tahu jawapan kepada persoalan ini.Tetapi sebelum melakukan kecurangan terfikirkah mereka akibat yang akan terjadi?Akibatnya bukan hanya di dunia..tetapi akibat yang diterima di akhirat kelak.Terfikirkah mereka kerana keseronokan mereka menjalin hubungan gelap di belakang suami,anak-anak akan menerima padahnya...penceraian...sudah tentu mendatangkan masalah kepada anak-anak yang sepatutnya mendapat ibu dan bapa yang bersatu,bahagia dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.Balasan kemudian hari..tidak mencium bau syurga....apatah lagi masuk syurga...

Dalam sebuah ikatan perkahwinan tidak semua akan indah seperti yang kita impikan.Tidak seindah seperti yang dipaparkan di kaca-kaca televisyen..tidak seindah seperti yang diceritakan dalam plot novel-novel yang kita baca.Ada banyak cabaran dan rintangan yang perlu kita hadapi dengan tenang dan sabar.Ketika kita memutuskan untuk menjadi teman hidupnya,bererti kita telah sanggup untuk susah senang bersama-sama.Sama-sama mengemudikan kapal yang sepatutnya sampai ke pelabuhan cinta dan kasih dengan selamat.Kehidupan yang di lalui sudah pasti akan dilanda bermacam badai.Kematangan adalah perlu bukannya saling salah menyalahkan antara satu sama lain.Pertengkaran atau pergaduhan kecil itu adalah asam garam dalam rumahtangga...kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri.

Memang kadangkala tidak dinafikan ada sesetengah masaalah itu amat berat untuk ditanggung.Lebih-lebih lagi apabila mendapat suami yang tidak bertanggungjawab seperti suami yang tidak mematuhi urusan agama yang sering berjudi,minum arak dan sering mencederakan isterinya.Keadaan ini menuntut pengorbanan dan kekuatan seorang isteri untuk menghadapi situasi ini.Mungkin kita akan terfikir..untuk apa ditunggu suami seperti ini..takkanlah aku tunggu sehingga memungkinkan aku cedera atau mati ditangannya...Masalah seperti ini perlu diatasi dengan cermat..bukan dengan satu kecurangan...kita perlu merujuk kepada badan-badan yang sepatutnya untuk menyelesaikan masaalah ini.

Semua insan suka dan akan tergoda dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh orang lain.Mungkin suami di rumah kurang menunjukkan kasih sayang ataupun kurang memberikan kemewahan lalu perhatian dan hati kita mudah jatuh kepada si dia yang lebih menunjukkan rasa keperihatinan.Namun sebagai seorang isteri kita kena berfikiran rasional bahawa kita adalah isteri orang yang sah dan haram bagi kita menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.Kecanggihan masa kini memungkinkan dan memudahkan lagi proses kecurangan ini terjadi..ada yang terjumpa semula teman lelaki lama melalui facebook.ada yang berkenalan di facebook yang akhirnya membawa kepada sebuah pertemuan yang menghasilkan satu percintaaan terlarang.Memanglah indah bertemu semula cinta lama..tetapi semua itu perlu ditangkis kerana kini kita adalah isteri dan ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan bersama suami yang suatu ketika dahulu menjadi pilihan kita sendiri.

Masaalah dalaman sesebuah rumahtangga tidak diketahui oleh orang luar melainkan oleh diri kita sendiri.Oleh sebab itu masaalah tersebut hendaklah diatasi dengan cara berhikmah.Bukan dengan mencari jalan mudah yang akhirnya membawa kepada satu masalah besar dalam kehidupan kita.Isteri-isteri di luar sana yang sudah terpesong dan terjerumus ke lembah cinta terlarang..kembali lah ke pangkal jalan.Ingatlah keindahannya hanya sementara.Berfikirlah dengan matang...ingatlah kepada dosa-dosa dan balasan yang bakal kita temui kerana kegagalan mengatasi perasaan cinta terlarang ini.Penipuan dan kecurangan yang telah dilakukan ke atas suami dan anak-anak hendaklah segera dipohon ampun dan maaf kepada mereka dan  segera bertaubat kepada Allah SWT .Semoga pintu syurga masih terbuka untukmu....Hindarilah rasa cinta terlarang kerana ianya mengundang kecurangan yang mampu memusnahkan diri sendiri,anak-anak dan peribadi kita sebagai seorang MUSLIMAH SEJATI.

CETUSAN INI ADALAH UNTUK RENUNGAN DAN PENGAJARAN KITA BERSAMA SELAKU ISTERI,IBU DAN HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI.
SELAMAT HARI IBU...SEMOGA PENGORBANAN KITA MENDAPAT BALASAN SYURGA DI AKHIRAT KELAK.

No comments:

Post a Comment