Zaman semakin maju...sistem air juga telah banyak dipermodenkan.Moden dari segi banyak jenama jualan produk penapis air dijual di sana sini.Orang hebat memperkatakan penapis air DCL.Hai-o,Diamond dan bermacam-macam lagi.Pokok persoalannya sekarang ini bukanlah pada jenama ataupun produk yang mereka urusniagakan.Di samping produk penapis air yang pelbagai, berbagai-bagai jenis air yang dijual kini dihasilkan dengan bacaan ayat-ayat suci.Alhamdulillah ini adalah salah satu usaha untuk memberikan kebaikan,penawar dan,ketenangan kepada peminumnya.
Al-kisahnya cerita yang diceritakan oleh seorang sahabat...gara-gara air yang dikatakan air yasin dia telah diserang oleh penduduk kampung di sebuah tempat.Takut sangat dengan air yasin...mereka mengatakan air yasin hanya untuk orang yang hendak mati.Begitulah kata-kata mereka.Bermula dengan kehilangan sebuah benda yang berharga sekitar RM200.Sahabat tersebut bersama kawan-kawannya cuba untuk menjalankan penyiasatan dan semua pelajar dikumpulkan lalu diberi segelas air yang kononnnya telah dibacakan Surah Yasin...tetapi air tersebut hanyalah air yang dibeli di kantin sekolah...sekadar untuk melihat sifat berani kerana benar dan takut kerana salah dalam diri pelajar-pelajar tersebut.Disebabkan oleh air tersebut,keesokkan harinya lebih 10 orang daripada bapa-bapa pelajar berkenaan telah datang dan menyerang sahabat tadi...Alhamdulillah ada sesetengah mereka faham dengan penerangan sahabat ku ini...bahawa air tersebut bukannya ada sebarang bacaan ayat Al-Quran.
Tetapi terdapat sebuah keluarga yang masih tidak berpuas hati.Pada mereka walaupun air tersebut tidak dibacakan sebarang ayat Al-Quran apatah lagi surah Yasin,tetapi oleh kerana ia telah dikatakan air yasin maka ia akan sah menjadi air Yasin...air longkang sekali pun jika kita pegang ditangan dan katakan itu adalah air Yasin maka ia akan jadi air Yasin.Sahabat tadi merasa keliru..bagaimana pula air longkang yang kotor boleh menjadi air Yasin sedangkan Surah Yasin adalah ayat yang suci.Ini seakan tanda kedangkalan ilmu agama yang terdapat dalam minda keluarga tersebut.Lalu sahabat ini pun memceritakan pengalamannya kepada saya.Sedih juga apabila salah seorang penduduk di sana mengatakan bacaan Yasin boleh digunakan untuk menarikan bubu iaitu di dalam tarian bubu.Air Yasin juga boleh digunakan untuk memukau gadis-gadis yang ingin dimiliki...Subhanallah..mengapa sampai begitu sekali pemikiran mereka..pada mereka surah yasin boleh digunakan untuk perkara-perkara mungkar.Saya katakan pada sahabat tadi..sepanjang menjadi pelajar di sekolah menengah agama tak pernah ustaz aku ajar tentang perkara begitu...ustaz-ustaz juga akan mengadakan kaedah yang sama apabila hendak mencari sesuatu kehilangan barang ketika di asrama dulu....apa salahnya jika benar pun itu adalah air yasin jika para pelajar itu tidak melakukan kesalahan...Oleh kerana sahabat ku ini dan kawan-kawannya tahu apa akibat sekiranya benar si pelaku meminum air yang benar-benar dibacakan surah yasin maka mereka hanya menggunakan air kosong yang dibeli di kantin....
Saya inginkan pendapat ramai tentang kisah ini..apa pula pendapat kalian tentang isu ini...?Wajarkah air longkang jika dikatakan air yasin maka ia akan sah menjadi air yasin...pendapat anda dialu-alukan untuk satu perkongsian ilmu..manalah tahu peristiwa ini terjadi di kawasan kita pula..Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment