Manusia insan yang diciptakan oleh Allah SWT untuk menghuni alam ini.Namun kehidupan yang diberikan perlu diwarnai dan dipenuhi dengan bekalan yang cukup untuk menuju ke alam yang kekal abadi.Dunia yang penuh dengan pelbagai nikmat ini hanya pinjaman sementara sahaja.
Menjurus kepada keratan akhbar dua bulan lalu…Pelatih PLKN menemui ajal di atas sejadah….Walaupun perit hati insan-insan yang ditinggalkan menghadapi berita kematian yang berlaku secara tiba-tiba ini namun jauh di sudut pandangan masyarakat…Alhamdulillah Allahyarham pergi dalam keadaan Husnul khotimah…saat kematian yang diimpikan oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.Namun tidak semua kita akan berpeluang untuk menemui saat jemputan abadi sedemikian rupa…Allahyarham adalah insan terpilih untuk menerima jemputan sebaik ini…menjadi imam dalam solat ,dalam keadaan berwuduk..alangkah indahnya saat jemputan itu…semoga kita semua akan dijemput dalam keadaan yang baik-baik.
Allahyarham Syed Abdul Rahman adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Kota-Kinabalu salah sebuah sekolah menengah agama yang cemerlang di Sabah.Alhamdulillah berkat didikan ibubapa dan guru-gurunya….hasilnya satu pengakhiran kehidupan yang baik untuknya….sebenarnya saya amat kagum dan bangga saat membaca berita ini dua bulan lepas…Kagum kerana seorang remaja mendapat jemputan sedemikian rupa..pemergian yang begitu indah…sedih jua terasa kerana Allahyarham adalah kawan sekolah adik saya di SMAKK(singkatan nama sekolah) berkenaan dan terasa kesedihan orang-orang yang ditinggalkan lebih-lebih lagi hati kedua ibubapanya saat keputusan peperiksaan SPM diumumkan Mac lalu.Namun semua itu takdir ketentuan Allah yang perlu diterima dengan redha.Kini persoalannya adakah kita juga akan menerima jemputan yang sama seperti Allahyarham…?
Senario hari ini memperlihatkan anak-anak muda yang lebih gemar bersuka ria dan rasanya dalam benak fikiran mereka kematian itu hanya untuk orang-orang tua..aku masih muda..aku kena nikmati semua warna kehidupan yang ditawarkan di muka bumi tanpa memikirkan bekalan dan warna kehidupan selepas dijemput oleh Ilahi.Kerana kelalaian inilah ramai muda-mudi yang dijemput dengan ngeri…ketika merempit,ketika penagihan dadah yang melampau dan ketika dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan.Aduhai..Na’uzubillahi min zalik…semoga kita semua dan ahli keluarga kita dijauhkan dari keadaan sedemikian itu.
Senario hari ini memperlihatkan anak-anak muda yang lebih gemar bersuka ria dan rasanya dalam benak fikiran mereka kematian itu hanya untuk orang-orang tua..aku masih muda..aku kena nikmati semua warna kehidupan yang ditawarkan di muka bumi tanpa memikirkan bekalan dan warna kehidupan selepas dijemput oleh Ilahi.Kerana kelalaian inilah ramai muda-mudi yang dijemput dengan ngeri…ketika merempit,ketika penagihan dadah yang melampau dan ketika dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan.Aduhai..Na’uzubillahi min zalik…semoga kita semua dan ahli keluarga kita dijauhkan dari keadaan sedemikian itu.
Kematian adalah satu saat yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa…bila tiba masanya tiada lagi kompromi untuk memohon penangguhan waktunya…oleh itu persediaan untuk meghadapi dan menerima jemputan ini wajib diselaraskan dengan baik…kesibukan di dunia adalah penghalang untuk kita menggumpul saham di akhirat..namun jika kita pandai mengimbangi saat sibuk dengan kerja dan waktu untuk beribadah sudah tentu semua itu akan dapat diatasi dan hidup menjadi amat tenang walaupun banyak tekanan kerja yang kita hadapi.Bila memikirkan soal kematian…terfikir di benak kita…bagaimanalah saat jemputan untuk ku nanti…adakah cukup bekalan untuk ku bawa ketika menghadapMu Ya Allah..tepuk dada tanya iman masing-masing..apakah persediaan itu kini mencukupi atau masih jauh kurangnya...semoga kita semua juga akan dijemput seperti Allahyarham Syed Abdul Rahman Wan Ahmad…pergi ketika bersolat dan di atas sejadah ketika menghadap Allah.Berita kematiannya menjadi iktibar buat kita semua…bahawa mati tidak dijanjikan untuk warga tua sahaja…tetapi pada bila-bila masa sahaja tidak kira tua atau muda,sakit atau sihat... apa yang pasti kita akan dijemput oleh Ilahi…oleh itu kesedaran harus ada dan soal “mati” perlu ada dalam pemikiran setiap insan di dunia ini kerana kematian sentiasa ada di keliling kita…beribadahlah seolah-olah peluang kita beribadah kepadaNya hanya tinggal saat dan hari ini..berbaktilah dan buatlah kebajikan seolah-olah kematian akan menjemput kita esok hari...KEMATIAN...bila,bagaimana dan di mana..hanya Allah yang menentukan….tugas kita menggumpul bekalan untuk dibawa saat menghadapi SATU JEMPUTAN ABADI….
Al Fatihah buat :
Allahyarham Syed Abdul Rahman Wan Ahmad.
Allahyarham Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 April 2011.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment